Hari ni insya Allah aku nak kongsi sikit pengalaman aku ambik MUET bulan November lepas supaya dapat dijadikan panduan untuk korang - korang yang baru nak kenal apa itu MUET. Nak dijadikan cerita, start je sem baru, kitorang geng - geng UIA yang dah nak graduate CFS ni mula la kalut nak register untuk MUET. Untuk pengetahuan korang semua, UIA sebenarnya agak ambiguous dalam bab pengambilan MUET ni. Banyak khilaf. Sorang cakap perlu untuk graduate, sorang cakap tak perlu dan macam - macam lagi la pendapat lain dan semuanya datang tanpa ada dalil yang kukuh. Sekadar dengar - dengar senior bagi pendapat je.
Oleh sebab terlalu berisiko untuk dibiarkan camtu je, kitorang pun registerlah jugak. Sebelum nak register tu, datang pulak satu masalah besar iaitu tarikh speaking MUET yang kebanyakannya clash dengan tarikh final exam. Alamak! *cuetepukdahi* Fikir punya fikir, last - last aku decide nak register lewat sikit dengan harapan aku dapat tarikh speaking yang paling akhir. Bagi la chance sikit kat aku. Dahla paper last tu Calculus. Mana sempat nak prepare semua.
Lepas register tu, cakap - cakap pasal MUET terus hilang camtu je. Aku pun teruskan hidup macam biasa hinggalah beberapa bulan kemudian apabila tiba saatnya slip MUET dikeluarkan. Tunggu punya tunggu rupanya slip nak keluar dua hari lagi lewat dari tarikh yang sepatutnya. Betullah. Kalau effisien, bukan Malaysia namanya. Tengok - tengok dapat tarikh speaking 13 haribulan sedangkan last paper aku 17 haribulan *welp*. Kawan - kawan lain pun nasib lebih kurang sama je, lagi ramai yang lebih malang dari aku. Sekurang - kurangnya 13 haribulan tu waktu gap. Kalau ikutkan memang bolehlah nak balik kejap tapi memang tak logiklah sebab ada berapa hari lagi nak balik. Kalau tiket bas dari PJ ke Kelantan tu seringgit dua memang dah lama aku balik.
Ramai yang cuba call pihak MPM. Akulah salah sorang daripadanya. Panggilan pertama, line busy. Panggilan kedua, sempat cakap dengan sorang akak ni yang bagi aku dua lagi nombor lain. Panggilan ketiga dan keempat guna nombor yang akak tu bagi, memang tak diangkatnya. Last sekali cuba guna method lain pulak iaitu e-mail. Alhamdulillah, dapat reply beberapa hari lepas tu. Katanya kena tukar pusat sebab tempat original takde untuk 20 haribulan. Cam nilah lebih kurang email aku dgn dorang punya reply:
![]() |
Email aku |
![]() |
Reply dari MPM |
Aku ingatkan dah beres kat situ rupanya ada lagi masalah baru bertimbun - timbun. Nak diringkaskan cerita, aku dengan kawan - kawan berjaya tukar tarikh. Kemudian, time tulah jugak heboh desas - desus yang mengatakan budak uia tak perlu ambil muet, and then I was like 'seriously? are you joking with me now?' My father freaking drove to Pahang for this. What are you going to do about that, huh? Disebabkan itulah, lepas balik Kelantan, kemain santai. Buku MUET jeling pun tak hingin. Well, I have nothing to lose, didn't I? Lagipun, baru lepas exam Calculus. Otak kenalah rehat sikit. Calculus lagi yang jadi mangsa. Hehehe.
Speaking Test
Disebabkan tak cukup orang, invigilator buat tiga orang satu group. Aku dicampakkan ke dalam group brothers. Aku rasa sepanjang test tu aku asyik ulang ayat sama. Time present tu ok lagi tapi bila sampai part discussion, cam awkward je. Candidate B sokong point aku. Candidate C pulak sorang - sorang dengan point dia. Kitorang pun apa lagi attacklah dia habis - habisan. Kesian pulak rasa. Tapi alhamdulillah, berjalan lancar semua cuma kitorang kena cakap banyak sikitlah sebab kitorang tiga orang je.
Reading Test
Articles bapak susah. Aku tak tahulah sama ada tu sebab aku tak stadi atau soalan tu memang susah. Aku pun dah lama tak stadi English. Last aku belajar English sebelum SPMlah. Yang lain semua self-study.
Writing Test
Yang ni best. Alhamdulillah soalan rasa macam kena dengan aku. Bukak je kertas jawapan idea mencurah - curah tapi untuk bahagian dua, jawapan macam berisiko sikit sebab soalan mintak benefit tapi aku terangkan dua - dua sekali.
Listening Test
Yang ni serius scary. Pertama sekali, kita akan dengar excerpt daripada radio. Kemudian kita diberi masa seminit untuk menjawab. Kemudian kita akan dengar lagi sekali untuk semak. Aku tak pernah ambil test macam ni sebelum ni. Dahlah telinga aku agak bermasalah. Boleh bayang tak perasaan aku macam mana time tu? Pensel yang aku pegang sampai bergoyang - goyang sebab nervous yang teramat. Test ni tahap stress dia bolehlah dikasi lima bintang. Sama level dengan calculus.
Sekian saja daripada aku. Yang baik, ambillah untuk dijadikan panduan. Yang buruk, silalah buang jauh - jauh. Will update after result is out. Assalamualaikum w.b.t
nak tnya, semua exam muet dijalankan pada hari yg sama ke? dan kat uia mmg selalu buat muet time final sem eh? Terima kasih.
ReplyDeleteSorry lambat reply.
DeleteTarikh muet memang sama untuk semua tempat.
Dan untuk soalan kedua tu, untuk uia sebenarnya tak perlu buat muet pun sebab dah ada ept tapi muet diperlukan untuk apply sesetengah scholarship.
assalamualaikum . nak tanye . awak guna email mpm yang mane untuk hntar surat seperti diatas untuk penukaran tarikh speaking muet ?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. tukartarikh@mpm.edu.my
DeleteAssalamualaikum. Nak tanya . Untuk surat menyurat tu kita kena buat macam mana ya after dapat email tu ? Saya pun sama test sepaking clash dengan tarikh final exam . Kalau tukar 2 hari selepas tarikh sebenar pun kira okay la sebab dah habis final masa tu . Hmm
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Kalau dekat pusat yang kita dapat tu ada tarikh yang nak ditukar, settle dah tu. Kalau takde untuk tarikh tu, kena isi borang pindah pusat ujian dan pos ke MPM
DeleteSalam..Maksudnya kalau ambik muet utk student UIA just sbg syarat Mohon scholarship je kann.. tak de kaitan dgn Mohon kerja kan
ReplyDeletenak tanya, mpm amik masa berapa lama ya nak reply email tu
ReplyDelete