Thursday, November 20, 2014

Drama & Filem Islamik : Adakah hanya pada nama?

Assalamualaikum w.b.t

Entri kedua insya Allah. Kali ni aku nak cakap tentang drama islamik yang makin mendapat tempat di hati masyarakat kita sekarang. Macam satu trend ya sekarang nak buat cinta - cinta ana enta ni. Sebenarnya ini satu perkembangan yang bagus sebab trend ni menunjukkan masyarakat kita dah mula berminat dengan drama dan filem acuan Islam. Secara tak langsung, mereka dah mula cakna dengan ajaran Islam dan berminat untuk melihat cinta dari kaca mata Islam. Aku sebut cinta je sebab drama camni memang bertemakan cinta je banyak.

Lepas kejayaan filem Syurga Kasih (ke cinta?) dengan drama Nur Kasih kat TV3, aku rasa ramai yang mula nampak potensi kat genre camni. (See guys, perkataan cinta dengan kasih tu mesti ada. Takleh tinggal.) First sekali, ingin aku clarify kat sini yang aku bukan haters, malah aku adalah antara orang yang bersemangat nak support cerita - cerita macam ni. Cuma, bila ada dua tiga problem yang mencacatkan drama tu, mood aku yang bersemangat ni terus dilenyek tanpa belas kasihan. Kesianlah kat aku produser sekalian.


Apakah problem - problem ni? Let's see:

1. Cerita islamik tapi bab aurat tak segan silu pulak nak tayang. Seriously, apakah keganjilan ini? Drama atau filem kau ni ditujukan untuk sape sebenarnya. Maaf, bunyi macam kasar sikit tapi inilah realitinya. Biasanya geng - geng islamis je yang banyak support cerita macam ni so boleh bayang tak apa yang dorang rasa bila tengok cerita yang konon - konon islamik ni. Ingatkan boleh la take a break sekejap daripada terpandang aurat - aurat percuma, ni tak, bertambah dosa kering adala. Ni filem atau drama yang bagi aku mengalami kecelaruan identiti. Nanti akan ada orang cakap, nak depict real life kenala ada scene - scene yang macam ni, nak tunjuk perubahan dari jahat ke baik. Bukan semua orang pakai tudung dalam dunia sebenar. Jawapan aku, well, helllooo! Kalau buat perubahan dari bertudung singkat ke bertudung labuh takleh ke. Nak jugak ada pelakon free hair. Scene disko dengan orang menari entah pape takleh tinggal. Yang tu wajib. Kadang - kadang aku tengok lagi teruk daripada cerita biasa.

2. Dialog straight out of textbook. Aku tak tahu la ni salah sape sebenarnya, pelakon ke penulis skrip. Tapi yang pastinya cerita yang macam ni memang buat aku meremang sorang - sorang out of secondhand embarrassment. Ayat yang dilontarkan bunyi langsung tak natural, kadang - kadang salah sebut term islamik. Aku yang jadi penonton ni pulak tersipu - sipu. Ni takde nak point kat sape - sape ok. Aku bukan nak ajar pelakon berlakon, tu bidang kepakaran dorang tapi kalau boleh, pelakon - pelakon ni pergi la buat research sikit, jumpa ustazah ke ustaz, tengok macam mana dorang cakap. Tengok lenggok badan dorang. Belajar sikit pasal Islam, baca Qur'an. Hayati watak tu. Jangan baca skrip je. Penulis skrip pun, get back to reality. Ayat jangan skema sangat. Ceh, kencang bebenor bercakap!

3. Ikhtilat yang tidak terjaga. Korang ingat atas dasar lakonan, kira halallah touching - touching bagai ni. Hello, selagi dia bukan mahram kau, kau tetap tak boleh sentuh tau walaupun tengah berlakon! Tak kira la kau anggap dia apa sekalipun. Selagi perempuan tu bukan ibu kandung kau, bukan jugak ibu susuan kau, bukan jugak adik beradik kau, dan bukan isteri kau, jangan memandai - mandai nak sentuh ek.  Nak senang, ambik je si Wawa dengan suami dia berlakon. Takpun, ambiklah pelakon yang faham ilmu agama macam *coughImammudacough*. Si pelakon wanita pulak, jangan dok jeling manja sangatlah dekat si lelaki tu. Ditakdirkan Allah tergugat iman dia, kau nak bertanggungjawab ke?

4. Tak menggambarkan Islam secara sepatutnya. Islam itu indah dan cinta kerana Allah itu pun sangatlah indah. Janganlah cemarkan keindahan itu dengan melanggar batasan yang telah digariskan Allah. Ni tak, sebelum kahwin dah keluar sama - sama, jalan sama - sama, berdua - duaan, jadi di manakah letaknya keindahan itu. Sebab nak tunjuk cinta tu benar - benar sejati, benar - benar tulus kerana Allah so kena include la scene - scene ana enta yang bikin penonton yang menonton cair, camtu? Yang menjadi mangsa ialah penonton yang disogokkan dengan benda - benda macam ni hingga sampai satu tahap dorang akan ingat inilah cinta menurut Islam yang sebenar. Penonton yang tengok scene - scene yang macam ni start la berangan - angan, lebih - lebih lagi kalau pelakon yang berlakon tu terlebih cantik dan hensem. Untuk pengetahuan korang, Islam ni bukan ikut sesedap rasa kita je, kena berpandukan al-Qur'an dan al-sunnah. Research kena buat. Hukum - hukum kena arif. Jangan nanti ada yang kahwin dengan saudara susuan pulak.

Sebenarnya ada lagi benda yang aku tak puas hati tapi cukuplah aku tulis sampai sini je. Honestly, tujuan aku hentam kaw kaw ni bukannya sebab aku tak suka, sebaliknya sebab aku sayang. Drama dan filem ni ramai pengikut dia, sebab tu kalau digunakan dengan sebaiknya, drama dan filem pun boleh dijadikan wadah untuk menarik orang ke arah Islam. Buat para pengkarya di luar sana, hasilkanlah karya anda dengan ikhlas, insya Allah keikhlasan itu akan terpancar pada hasil kerja anda.

Ampun maaf jika terguris hati, terkasar bahasa, terlebih emosi, bukan niat aku untuk menjatuhkan. Tujuan aku sekadar untuk memberi nasihat kerana agama itu nasihat. Assalamualaikum w.b.t



No comments:

Post a Comment