Wednesday, August 12, 2015

All Is Well - Life As an Engineering Student

Assalamualaikum w.b.t

Satu sem sudah berlalu dan sekarang barulah jari - jemari aku mula ringan nak menaip pasal dugaan, ujian dan mehnah sepanjang bergelar budak engineering hingusan kat UIAM Gombak ni. Harapnya coretan ini sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan untuk junior - junior yang akan mengikut jejak langkah aku tak lama lagi. Puihh! Bajet seniorlah sangat. Apa - apa pun, dear juniors, selamat menjejakkan kaki ke taman ilmu dan budi. Bila dah ada kat sini, korang kena ingatlah yang CFS tu baru pintu pagar. This is the real deal brother and sister.



Tapi jangan bimbang, kalau korang betul - betul serius nak belajar, korang akan rasa yang asasi dengan degree tak jauh beza sangat pun. Banyak benda sama yang korang akan belajar balik. Bezanya kat sini korang lagi bebas daripada kat asasi. Keluar masuk bebas takde sape - sape pun nak kawal. Jadual semua susun sendiri. Pilih lecturer sendiri. Pendek kata, our life, our choice.

Sem pertama ni banyak mengajar aku sebenarnya terutama sekali dalam bab pengurusan masa. Aku mengaku aku memang jenis yang tak suka plan anything awal - awal, ever, so time study week tu memang pulun habis - habisanlah semua subjek. Gila tak gila. Dah dapat result tu hangguk hangguk jelah. Hamek kau, padan ngan muka. Nasib tak fail mana - mana subjek.

So untuk mengelakkan pisang daripada berbuah dua kali, aku pun buatlah post mortem untuk dijadikan panduan bagi semester - semester seterusnya. Harapnya lepas ni dapatlah 4 rata pulak. Bak kata orang, nothing is impossible, right?


  1.  First step mestilah target. Bila ada target barulah kita akan nampak dengan jelas apa benda yang kita nak capai. Dengan ada target jugak kita akan jadi lebih bermotivasi sebab misi dan visi kita terang, kita dah boleh envision apa yang kita nak dalam minda kita. And we will not be easily sidetracked by trivial matters. Target tu pulak mestilah sehabis - habis detail yang kita boleh pergi. Letak target gred untuk setiap subjek dan target carry mark yang paling maksimum yang kita boleh capai untuk setiap subjek tu. Kalau boleh, letak sekali target untuk setiap pecahan markah. And remember, don't be afraid to aim for the sky. Nobody is putting a limit for you but yourself.
  2. Yang kedua, kita kena ada plan untuk capai benda yang kita impi - impikan tu. Kalaulah ada target je, tapi cara untuk capai target tu takde, susahlah sikit kita nak nampak apa yang kita perlu kurangkan, perbanyakkan atau avoid terus dalam rangka mengejar impian kita tu. Perghh ayat dah macam hape dah. Biasanya awal - awal sem memang kita dah plan macam - macam nak buat tapi bila dah sampai pertengahan sem, dengan assignment, kuiz, projek, dan aktiviti - aktiviti luar semua tu, priority list mulalah ke laut. Hasilnya, yang tak penting didahulukan, yang penting dikemudiankan. 
  3. Yang ketiga, do not procrastinate. It is a big no no lebih - lebih lagi bagi student. Dari apa yang aku perasan, aktiviti tak sihat ni selalunya berlaku bila aku dalam keadaan banyak masa terluang. Time sibuk takdelah sangat sebab aku tahu waktu yang ada sangat limited so nak tak nak terpaksalah terus siapkan kerja. Sebaliknya, apabila banyak masa terluang, mulalah rasa 'eh, takpelah. cuti ada tiga hari lagi kot. rehatlah dulu. penatlah'. Puii penatlah sangat. Bukannya kena buat kapal angkasa pergi bulan pun. Sepatutnya, bila dah dapat assignment tu, buatlah terus. Bila dah siap barulah rehat. Bukan ke lagi tenang macam tu? Fikirkan.
  4. Keempat, bina hubungan yang baik dengan lecturer. Ringankan kaki, tulang dan segala anggota badan untuk selalu lepak di bilik lecturer. Biasanya lecturer tak kisah pun, dia lagi suka tapi berpada - padalah. Treat them as how you want to be treated. Janganlah lepas Subuh dah terpacak cam tengah tunggu isteri bersalin depan bilik lecturer. Tu takde common sense namanya. Dalam kelas, sentiasa aktifkan diri. Berlakonlah macam kita minat gila - gila kat course ni walaupun realitinya jam pun dah muak tengok muka kita.
  5. Keenam, sentiasa bagi tumpuan sepenuhnya dalam kelas. Fahamkan time tu jugak dan kalau boleh terus ajar orang lain untuk tingkatkan kefahaman kita. Yang tak faham terus tanya atau kalau rasa macam segan nak tanya dalam kelas, pergi jumpa sendiri dengan lecturer hari tu jugak. Jangan anggap macam benda tu remeh. Ada sejenis spesies ni yang pandang tinggi bapak kat diri dia sendiri akan rasa yang dia boleh belajar sendiri untuk fahamkan balik apa yang dia tak faham tapi hakikatnya dia akan stuck dekat tempat yang sama yang dia tak faham hari tu. Membazir masa tahu tak? Penyelesaian yang terbaik adalah fokus.
  6. Yang ketujuh, ketahui teknik belajar yang betul. Yang popular tak semestinya berkesan untuk semua orang. Lain orang, lain tekniknya jadi cuba cari apa yang kena dengan cara dan gaya kita. Ada orang suka study sambil mengunyah, ada yang suka study sambil mundar - mandir ke hulu ke hilir sampai orang lain naik juling tengok. Yang suka mengunyah, simpanlah stok banyak - banyak time nak exam dan sila pergi mengunyah jauh - jauh. Rasa macam nak tendang orang je bila dengar bunyi krupp krapp tu. Yang suka jalan - jalan tu pulak, sila pergi tawaf keliling kampus jauh daripada manusia normal macam aku. Heh.
  7. Kelapan, jangan sekali - kali pandang rendah pada markah assignment atau projek. Markah yang ciput itulah yang akan mengubah kedudukan kita daripada taraf aristokrat ke taraf rakyat marhaen. Menangislah air mata darah sekalipun, even kurang 0.5, kita tetap takkan dapat first class. And PTPTN tetap kena bayo.
  8. Dari segi spiritual pulak, hubungan dengan Allah wajib kita kena jaga. Jangan pulak sebab nak study, stay up sampai tengah malam, paginya syahid sampai ke zohor. Ingat sahabat sekalian, pemilik ilmu itu adalah Allah. Ada ke patut kita nak mintak sesuatu daripada seseorang tapi kita berlagak dengan pemiliknya? Kita kena tahu yang ilmu datang bukan atas usaha kita semata - mata. Studylah sampai nak mati sekalipun, kalau Allah tak redha, ada makna ke? Bila dah dapat ilmu, ilmu singgah sekejap je kat hati sebab tempat tu kotor, dengan maksiat, dengan solat lambatnya, dengan ikhtilatnya. Tak rasa macam rugi ke?
  9. Kesembilan, peliharalah hubungan dengan manusia di sekeliling kita terutama sekali mak ayah dan lecturer. Jaga hati mereka dan sentiasa mintak mereka doakan kita. Kalau ada sahabat yang lemah dalam mana - mana subjek, ajarlah dia sebab sesiapa yang ringankan kesusahan seorang mukmin, Allah akan ringankan kesusahan dia di akhirat kelak. Itu janji Allah. 
  10. Dan yang akhir sekali, perbetulkan niat kita belajar. Niatlah dalam lubuk hati kita yang paling dalam yang kita belajar untuk dapat keredhaan Allah. Kita belajar bukan untuk dapat kerja hebat - hebat (kalau dapat itu satu bonus) tapi kita belajar sebab kita nak memajukan umat Islam. Kita nak tarik orang pada Islam dengan ilmu yang kita ada. Insya Allah bila hati bersih, niat ikhlas dan tulus, pertolongan Allah akan datang. Yakinlah dengan Dia yang memberi rezeki. 

Sekian post-mortem untuk Sem 1 di IIUM Gombak. Apa yang baik datang daripada Allah dan apa yang buruk juga datangnya daripada Allah tetapi disandarkan pada diri aku yang lemah ini. Assalamualaikum w.b.t

No comments:

Post a Comment