Assalamualaikum w.b.t
![]() |
Keistimewaan foundation di CFS IIUM:
1. Tempat tinggal yang best, selesa dan cukup lengkap segalanya. Kalau nak jimat memang boleh sangatlah. Cuba bagitau, kat mana lagi kita boleh dapat nasi goreng dengan harga 1.50 yang sedap dan berkhasiat selain daripada kat sini. Tak caya? Meh, datang! Selain tu, gym ada, court pon ada, bolehlah korang nak exercise bagi fit sikit. Bilik cam biasa la cramped yang amat tapi tu kat PJ. Kat Gambang sana, nah, nak tanam ubi tiga empat batas dalam bilik pun muat lagi. Hiperbola sikit.
2. Lecturer yang baik - baik belaka. Pernah satu kali aku terbangun lambat, lecturer aku ni siap suruh orang call lagi untuk datang kelas. Malu tu memang malu tapi terharu pun ada jugak. Seriously, cikgu kat sekolah pun tak buat macam ni tau tak. Lecturer kat sini memang aku tabik, rela tambah sendiri waktu kelas untuk mendidik kita - kita yang dahagakan ilmu ni. Balik sampai lewat petang, dengan jalan jem semua sebab nak buat consultation dengan students. Bersyukurnya ya Allah. Lagi satu, bila terserempak kat mana - mana dorang sentiasa layan students dengan ramah, siap panggil darling lagi. Jangan jeles tau.
3. Tak payah isi upu sekali lagi. Kira selamat la sikit. Kalau tak kena dismissed, memang korang akan straight terus pergi Gombak atau Kuantan ikut course yang korang pilih. Bab dismissed tu tak payah bimbanglah, susah sebenarnya nak kena dismissed ni. Pointer bawah 2.67 rasanya. And lepas dismissed boleh buat rayuan lagi. Tempat lain ado?
4. Suasana yang islamik. Ha, yang ni mesti ada yang geleng kepala kan! Masuk - masuk je dah ada orang ajak join usrah. Tapi jangan gusar, jangan khuatir, akak dan abang usrah kat sini semua best - best, sentiasa belanja adik - adik makan, share masalah dengan adik - adik, sambut besday sama - sama dan macam - macam lagi yang korang kena rasa sendiri. Selain tu, boleh dikatakan setiap minggu ada je diskusi, talk dan program - program membina minda yang dianjurkan kat sini, mostly free of charge. Siap dapat makanan free lagi. Masya allah. Kat uia ni, ramai sangat orang yang baik - baik. Bukan nak kata tempat lain majoritinya jahat, tempat lain pun tak kurang jugak hebatnya tapi boleh dikatakan kebanyakan students uia ni datang dari sekolah - sekolah agama. Dengan suasana yang macam ni, mudah sangat kita nak berubah jadi baik. So tepuk dada, tanyalah iman.
5. Pergaulan yang terjaga. Susah nak jumpa yang kapel kat sini. Bukannya tak ada, ada je tapi dorang tak berani dating depan - depan la sebab kat sini kitorang ada badan pencegah maksiat iaitu BSC Agent yang sentiasa turun padang untuk cegah benda - benda macam ni. Jangan ingat dah masuk u boleh bebas - bebas naaa, Allah sentiasa melihat.
6. Schedule yang fleksibel. Ketika taaruf week, korang akan ambik tiga exam, EPT, APT dan FKT. Hanya EPT dan APT je yang akan menentukan duration kita di CFS. Kalau ditakdirkan korang exempted kedua - dua subjek, korang boleh pilih sama ada nak amik foundation setahun ke setahun setengah. Ha, setahun setengah kau! Foundation lain ado? Yang dapat dua tahun, kalau lepas satu sem dah exempted dua - dua subjek, bolehla korang nak pendekkan duration korang jadi setahun setengah. Jimat masa. Kan untung tu.
7. Dapat belajar bahasa syurga. Yang ni la yang ramai orang bimbang. Masya allah, jangan macam tu. Bahasa arab kat uia ni takdelah sampai level pak - pak arab kat timur tengah nun. Level dia biasa - biasa je, nak lulus tu senang sangatlah. Aku dulu dua esei tulis tiga ayat je, yang lain haru - biru, alhamdulillah exempted. Kalau korang kena amik bahasa arab pun apa salahnya, dapat tingkatkan potensi diri. Boleh la lepas ni korang nak cakap arab. Lagipun, dapat pahala tau kalau belajar bahasa syurga ni.
Sekian jelah dulu entri dari aku. Kalau ada apa - apa yang tertinggal, insya Allah akan diupdate dari masa ke semasa. Jika ada sebarang pertanyaan, silalah ringankan jari untuk menaip. Insya Allah akan dijawab semampu mungkin. Assalamualaikum w.b.t
No comments:
Post a Comment